Sunday, 7 October 2012

ribbon..


Ribbon adalah merupakan panel yang berada di bahagian atas dokumen. Terdapat 7 tab kesemuanya iaitu Home, Insert, Page Layouts, Formulas, Data, Review dan View. Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan.  Ciri-ciri kumpulan yang terdapat dalam Excel adalah seperti dibawah:

·         Home:  Clipboard, Fonts, Alignment, Number, Styles, Cells, Editing
·         Insert: Tables, Illustrations, Charts, Links, Text
·         Page Layouts: Themes, Page Setup, Scale to Fit, Sheet Options, Arrange
·         Formulas: Function Library, Defined Names, Formula Auditing, Calculation
·         Data:  Get External Data, Connections, Sort & Filter, Data Tools, Outline
·         Review:  Proofing, Comments, Changes
·         View: Workbook Views, Show/Hide, Zoom, Window, Macros




apa itu excell??

Microsoft excel 2007 merupakan satu aplikasi spreadsheet (lembaran kerja) yang paling popular digunakan untuk membantu dalam pengiraan biasa, pengiraan berformula, menganalisa data dan mudah mengolah data dalam bentuk graf. Secara asasnya, excel mempunyai 3 lembaran kerja (worksheet) yang diwakili oleh tab lembaran kerja di bawah tetingkap. Excel mempunyai kolum menegak dan baris melintang. Kolum menegak di wakili dengan abjad A,B,C dan seterusnya. Manakala baris melintang diwakili dengan nombor 1,2,3 dan seterusnya. Ruang pertindihan antara kolum dan jalur dikenali sebagai sel. Microsoft excel juga mempunyai butang Office yang sama seperti Microsoft Word.  ini telah . Perbezaan antara lain adalah di bahagian Ribbon nya.

TEMA

mintak maaf sebab lama dah tak update blog ni. Bercakap tentang tema, tema aku adalah EXCELL. Mungkin agak susah untuk post pasal tema ini tapi aku akan berusaha untuk mencari maklumat mengenai tema aku ini. Aku berharap aku lebih bersungguh-sungguh dalam penghasilan blog aku ini.HAHAHA