Sunday, 25 November 2012

Shopping sakan....

assalamualaikum..kali aku nak cerita peristiwa semalam. aku dengan roomate(azfar rafie) shopping sakan kat  
ECON SAVE. bukan nak shopping sangat tapi nak beli barang keperluan kat sana. Banyak juga aku beli barang semalan. hampir 2 jam duduk kat dalam pasaraya tu. Dan hari 2 jugak aku keluar jalan-jalan kat bandar Kajang.

Mintak maaf semua....


Assalamualaikum.... pertama sekali aku nak mintak maaf kepada semua kerana dah lama saya tak update blog ni. Ini kerana terlalu sibuk dengan exam . Walaubagaimanapun, aku betul-betul dah berazam untuk sentiasa  update blog selepas ini....

Pustaka Function....


Adalah mengandungi banyak fungsi yang berada di tab Formula. Fungsi yang terdapat didalamnya adalah seperti:
·         AutoSum:  mudah untuk pengiraan jumlah sesuatu nilai dalan ruangan yang dipilih
·         Recently Used:  Kesemua fungsi terkini yang digunakan
·         Financial: perolehan faedah, kadar pulangan aliran tunaidan pelbagai fungsian kewangan
·         Logical: And, If, True, False, dan lain-lain
·         Text: Fungsi berdasarkan teks
·         Date & Time: Fungsi pengiraan berdasarkan masa dan tarikh
·         Math & Trig:  Fungsi Matematik

 Senarai ralat yang mungkin berlaku apabila
menggunakan formula
Ralat
Penyebab ralat
######
Lajur tidak cukup untuk memaparkan keputusan pengiraan
#VALUE
Kemasukan data yang tidak betul
#DIV/O!
Percubaan untuk bahagi nilai ke kosong
#N/A
Nilai tidak tersedia untuk dipaparkan

#NUM!
Nilai nombor yang tidak sah
#REF!
Sel rujukan yang tidak sah
#NULL
Penggunaan operator yang tidak betul

Menggunakan formula dan Fungsi Asas....


Formula digunakan untuk memberi arahan dalam pengiraan yang akan digunakan dalam excel.  Setiap formula yang dicipta mestilah bermula dengan simbol =.

Terdapat beberapa elemen yang boleh digunakan dalam excel.
·         References:  sel-sel yang hendak dijadikan rujukan untuk pengiraan
·         Operators:  simbol (+, -, *, /, dll) yang menentukan pengiraan dilakukan
·         Constants:   Nombor atau nilai teks yang tidak akan berubah
·         Functions:  penentuan semia formula dalam excel Predefined formulas in Excel

Untuk mencipta formula asas dalam excel:
1)                   Pilih sel untuk dimasukkan formula
2)                 Taip = dan masukkan formula
3)               Pilih ruang sel yang hendal dipilih
4)        Tekan [enter]



Kemasukan Data secara automatik....


Jika anda mempunyai data yang sama yang ingin dimasukkan, anda hanya perlu mengisi data pada satu sel sahaja. Yang selebihnya boleh menggunakan auto fill yang disediakan oleh excel.
Ataupun jika anda mempunyai siri data yang sama jujukannya, anda hanya perlu mengisi 2 sel yang julatnya sama, pilih kedua-dua sel tersebut dan seretkan dan berhenti sehingga data yang ingin dimasukkan mencukupi.
1)                 Isikan satu data ke dalam sel
2)                Klik pada sel tersebut
3)               Klik pada tandai)                  
4)        Seretkan sehingga ruang sel  yang dikehendaki

Sel Aktif...


RAJAH X
Anda akan kelihatan sel yang terdapat antara lajur dan baris seperti rajah x diatas. Nama bagi sel yang anda gunakan boleh diketahui pada ruangan Name Box. Itu menunjukkan sel aktif yang sedang anda gunakan.

Kategori kumpulan yang ada dalam bar formula....


·         Financial
·         Date and Time
·         Math & Trig
·         Statistical
·         Lookup & Reference
·         Database
·         Text
·         Information
·         Engineering
·         Cube