Dalam pekerjaan kita seharian mesti akan melibatkan hal membuat keputusan. Data-data harus dianalisis dan diberikan petunjuk sewajarnya untuk dilaporkan kepada pihak yang berkenaan.
MS Excel telah menyediakan beberapa function logical yang boleh digunakan. Diantaranya adalah IF() function.
Syntax: IF(logical_test,value_if_true,value_if_false)
logical_test melibatkan sebarang penyataan logik BENAR atau SALAH. Sebagai contoh, jika cell A10 sama dengan 100 adalah BENAR. Ia juga boleh melibatkan sebarang pengiraan (+, – , /, %, *) atau perbandingan (>, <, =>, =<, <>).
value_if_true keputusan sekiranya logical_test adalah BENAR. Hasil boleh dipersembahkan secara single value/text, sebarang bentuk pengiraan atau function. Sebagai contoh, sekiranya keputusan BENAR untuk logical_test adalah “Over Budget”, maka keputusan akan menunjukkan “Over Budget”. Sebaliknya, keputusan akan menunjukkan keputusan value_if_false.
value_if_false keputusan sekiranya logical_test adalah SALAH. Hasil boleh dipersembahkan secara single value/text, sebarang bentuk pengiraan atau function.
Anda boleh melakukan 64 operasi IF() function secara serentak dalam satu formula dan kombinasi mana-mana function yang bersesuaian. =IF(logical_value,IF(logical_value,IF(logical_value,value_if_true,value_if_false),value
No comments:
Post a Comment