Anda pernah mengalami, user key-in data dalam huruf besar atau huruf kecil dan anda terpaksa menukar data-data tersebut ke standard format? Bagaimana anda menukar data-data tersebut? Satu persatu? Teruk!
Ok, sebenarnya ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu menggunakan function berikut:
- UPPER() – menukar kandungan cell kepada HURUF BESAR
- lower() – menukar kandungan cell kepada huruf kecil
- Proper() – menukar kandungan cell kepada Huruf Besar Pada Awal Perkataan
Sebagai contoh, anda ingin tukar kandungan di cell B5 “sAya suKa MaKaN PisAnG”. Caranya adalah,
- pergi ke cell yang anda ingin keluarkan output, cth C6
- taip =UPPER(B5) untuk HURUF BESAR, =lower(B5) untuk huruf kecil, =Proper(B5) untuk Huruf Besar Pada Awal Perkataan.
- copy formula tersebut kepada cell yang lain
No comments:
Post a Comment